Wednesday, October 19, 2011

RUJUKAN 1 - GPM

Peranan dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
Waktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan.

A. Pengajaran dan Pembelajaran
1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata
pelajaran mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid.
2. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu
seminggu.
3. Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran.
B. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa
pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan
membaca termasuk Program NILAM.
3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi
maklumat dan literasi teknologi pendidikan.
4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa
pengurusan Pusat Sumber Sekolah
5. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan
program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
6. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang
komprehensif, seimbang dan kemaskini.
7. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat
Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang
cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara
berkomputer.
8. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti,
mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan
luar Pusat Sumber Sekolah.
9. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang
dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
10. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf
berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
11. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan
pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi
pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
12. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran,
penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media.
13. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang,
mengajar, menilai pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran
mengakses, mengguna dan mempersembahkan maklumat.
14. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT
dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi
baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan
penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.
15. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi
berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
keperluan maklumat warga sekolah.
16. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
17. Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan
penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
18. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan
Pusat Sumber Sekolah.
19. Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan
pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
20. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat
Sumber Sekolah.
21. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan
Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk
meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
22. Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada
Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
C. Penglibatan Profesional
1. Menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
2. Menjadi pakar rujuk dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi
pendidikan.
D. Am
1. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment