Thursday, October 20, 2011
MAJLIS PENUTUP
TINDAKAN SUSULAN - lepas bengkel
Tugasan 2: Tonton video - Changing Education Paradigma 21st Century
Tugasan 3: Peserta mengenalpasti dan melayani taman web yang menunjukkan pedagogi Abad ke 21 untuk penambahbaikan kendiri.
Tugasan 4: Perserta menghasilkan satu rncangan mengajar yang mengintegrasikan EduwebTV dalam PnP di hantar kepada PKG masing-masing dlm tempoh 2 minggu selepas bengkel (4.11.11)
211011 MODUL 4
8.30 pagi - Modul Smart School Qualification Standards (SSQS) - En Munir bin mat Yaub
Pendedahan tentang domain dan indikator SSQS - menganalisis jurang pencapaian antara tahap bintang sekolah dengan indikator 5 bintang.
Kaedah - perbincangan kumpulan, pembentangan dan hands-on.
Objektif : memehami kepentingan pelaksanaan penarafan SSQS bagi pembestarian sekolah, memahami empat domain dan indikator SSQS dan mengoptium peranan untuk membantu meningkatkan tahap bestari sekolah.
AKTIVITI 1 : PENGENALAN KEPADA SSQS - Dah 1 jam - masih talk talk talk... belum buat aktivti lagi. Pukul 10 break... ambil gambar. Sebab minum tak ada kena minum bayar sendiri la.. tak pa nanti boleh buat claim sekali kot. Mauk 11 pagi talk talk talk lagi... aktiviti belum buat lagi.
AKTIVITI 2 : SESI HANDS-ON - APLIKASI SSQS VERSI OFF-LINE
REFLEKSI : bercakap pasal SSQS... kerjasama GICT dgn GPM - ok no problem. Pengisian SSQS tu yang tak brapa nak capai matlamat... katanya akan jadi pointer untuk dptkan JTK ke sekolah yang masih belum ada atau lain2 kemudahan spt PC recon dari Korea... boleh cakap je la. Realitinya kalau ada apa2 yang baru tak pandangnya sekolah luar bandar kecuali yang jadi anak emas. Dari apa yang disampaikan secara tak direct yang diminta ialah isi je skor tertinggi untuk semua indikator - baru semua sekolah di negeri selangor dapat 5 bintang.
EXPECTATION : mendapatkan maklumat terkini ranking sekolah2 - nahi!!! Ada berita menarik untuk SSQS tahun 2012 - ada sedikit penambahbaikan... ye ke boleh percaya ke?
Sesi malam - Modul ???
Pembentangan Rancangan Pelajaran Harian - tugasan petang untuk dibentang. Kena la pulak kumpulan 16... maka dibentangkan la je apa yang ada... MP Sejarah T3... Tajuk Kependudukan Jepun.... video clip gugunya bom atom di Hiroshima.-- Selesai.
Tunggu guru-guru lain pulak buat persembahan.
MODUL 3 - AKTIVITI 3
1. 8 teknik pengintegrasian video dalam PnP -
i. pemahaman mendengar - murid diberi skrip pencerita dengan beberapa perkataan ditiadakan - murid mengisi tempat kosong secara teliti - alternatif - murid diminta menjawab soalan pemahaman.
ii. tayangan senyap- audio ditutup - murid menonton visual yang ditayangkan -murid meneka apa yang diperkatakan,
iii. tayangan bersilang - murid membelakangkai antara satu sama lain - seorang menghadap skrin, pasangannya menghadap ke arah sebaliknya - soalan akan ditanya kepada murid yang membelakangi TV untuk memperoleh maklumat dari rakannya - murid yang menonton perlu memberi jawapan yang diperlukan,
iv. tayangan bersilang dengan komentar- secara berpasangan murid membelakangi satu sama lain, video ditayangkan dengan audio ditutup - murid yang menghadap skrin beri komentar secara langsung - pasangan digalakkan bertanya soalan,
v. pencarian harta karun - warna pada skrin digelapkan - hanya perbualan dan kesan bunyi didengari - murid cuba menerangkan bunyi yang dihasilkan,
vi. ramalan - melibatkan apa akab erlaku sebelum atau seterusnya - aktiviti perlukan murid meramal sekuen video yang diberhentikan secara tiba-tiba - video sebenar akan dimainkan,
vii. ramalan awal - murid ditunjuk bahagian akhir atau penamat - murid beri penerangan secara lisan/bertulis - murid persembahkan versi mereka,
viii. Urutan - murid diberi skrip video yang dicampuraduk - susun skrip dalam urutan yang betul - melibatkan seorang narator - murid bincangkan sekuen sebenarnya.
2. Pembahagian kumpulan - - hasilkan satu rancangan mengajar dengan 2 teknik - merujuk Eduweb TV.
Pembentangan - sesi malam nanti -
Wednesday, October 19, 2011
201011 modul 3
Jam sudah menunjukkan pukul 2.44 petang. Sesi belum bermula sbb LCD tak mau pancar2...3.00 ptg baru on.Oleh kerana fasi tak dpt lancar dek sbb gangguan talian.. terus lompat ke aktiviti 3.. ntah le!!!
Expectation: diberi pendedahan tentang pengintegrasian bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran. Peserta akan membuat penilaian tentang tahap teknologi cerdas kendiri 9tech savvy) dan menghasilkan satu kompinen dalam rancangan mengajar yang mengintegrasikan bahan digital dalam PnP serta mempelajari teknik-teknik pengintegrasian video dalam PnP.
Aktiviti 1 : Penilaian kendiri - soalan kuz online di www.edutopia.org - selesai dalam 5 minit - result -
YOUR TECH SAVVY TEACHING RESULT
All-Star (Advanced)
You are a wired wonder, comfortable adding a technological dimension to your teaching, learning, and life. The challenge is now to keep up with the pace of innovation and your student's accelerated mastery of digital tools. Plus, how do you bring your school colleagues along with you? How do you bring like-minded folks into your school community? Click these links and get pro-active:
- Share your wisdom and help spread the word in one of Edutopia's groups:
Multimedia Literacy
Online Learning
Technology Integration (Elementary)
Technology Integration (High School) - Explore how technology integration can give students a more personalized learning experience.
- Try using screen-capture software to explain a difficult concept and post the video on YouTube so your students can review at their own speed.
(See this example math video.) - Check in with other Twitter-savvy teachers for new ideas. And tune into the weekly #edchats, held every Tuesday at 12 p.m. EST/5 p.m. GMT and 7 p.m. EST/12 p.m. GMT.
- Don't let the budget stop you. Learn how to find and write grants so you can get the funding to support important technology initiatives at your school.
- Help students make constructive use of social networking.
- Go the way of the wiki and build online creativity and cooperation in your classroom.
- Use online simulations and games as teaching tools:
- Explore the world of Wii
- Find real-world games on environmental sustainability
- Save the world with games that tackle social issues like solving world peace
- Discover how avatars teach teens about self-image
- Get some inspiring lesson plan and new media ideas from other Edutopia students and teachers.
- Join a professional organization, such as the International Society for Technology in Education, that guides and supports what you're trying to accomplish with technology in the classroom.
201011 modul 2
1. Tengok video kilp - A Vision of 21st Century Teachers & A Vision of K-12 Students Today - murid dan guru abad 21
2. Aktiviti - Elemen kemahiran Abad ke 21 - buat jadual perbandingan ciri-ciri murid dan guru abad ke 21.
3. Perbincangan kumpulan - 15 minit
4. Pembentangan - K8,K9, K15,
BREAK MAKAN TGH HARI 1.00 tgh
RUJUKAN 2 - GPB/ GICT
PERANAN GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)/ GURU PENYELARAS ICT (GPICT)
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan.
1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi
yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta
membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan
5. Melatih guru menggunkan kemudahan ICT secara efektif di samping
menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping
menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian
yang telah ditentukan oleh KPM.
8. Sebagai pengurus emel.
9. Memastikan integriti dan keselamatan data.
10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan
sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.
11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari
kepada pihak yang berkenaan.
12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari
masa ke semasa.
RUJUKAN 1 - GPM
Waktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan.
A. Pengajaran dan Pembelajaran
1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata
pelajaran mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid.
2. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu
seminggu.
3. Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran.
B. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa
pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan
membaca termasuk Program NILAM.
3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi
maklumat dan literasi teknologi pendidikan.
4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa
pengurusan Pusat Sumber Sekolah
5. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan
program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
6. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang
komprehensif, seimbang dan kemaskini.
7. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat
Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang
cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara
berkomputer.
8. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti,
mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan
luar Pusat Sumber Sekolah.
9. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang
dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
10. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf
berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
11. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan
pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi
pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
12. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran,
penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media.
13. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang,
mengajar, menilai pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran
mengakses, mengguna dan mempersembahkan maklumat.
14. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT
dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi
baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan
penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.
15. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi
berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
keperluan maklumat warga sekolah.
16. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
17. Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan
penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
18. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan
Pusat Sumber Sekolah.
19. Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan
pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
20. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat
Sumber Sekolah.
21. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan
Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk
meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
22. Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada
Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
C. Penglibatan Profesional
1. Menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
2. Menjadi pakar rujuk dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi
pendidikan.
D. Am
1. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
dari semasa ke semasa.
201011 SLOT 1
Pembentukan kumpulan - 15 semnanya
AKTIVITI 1 : Perbincangan kumpulan- PERANAN GURU PENYELARAS BESTARI, GURU PENYELARAS ICT DAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEOLAH.
Perbincangan 15 minit.
Pembentangan hasil perbincangan 3 kumpulan sempat membentangkan.
AKTIVITI 2 : KOLABORASI TUGAS GPB,GICT DAN GPM
Perbincangan : 15 minit
Pembentangan : 4 kumpulan sempat membentangkan.
Rumusan ; pastikan penggunaan PSS dan ada rekodnya.
191011 - SLOT MALAM
Penubuhan dan pengaktifan KELAB BESTARI SEKOLAH oleh En Munir bin Mat Yaub. End 11.00 mlm
Refleksi - buang masa bincang perkara yang sudah ada sejak 2007.
Penyampaian maklumat bercanggah sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan peserta - pasti diabaikan di bawa angin lalu
BENGKEL SIRI 6
Urusetia program ; En Munir bin Mat Yaub & Pn Nik Mazniyanti bt Mohammad.
Tujuan:
program dilasakan bagi memberi pendedahan dalam mengoptimumkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan TMK dalam Pengajaran dan pembelajaran ke arah pembestarian sekolah.
Objektif:
a. Mengenalpasti, menghayati dan melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka di sekolah dengan lebih efektif.
b. meningkatkan kompentensi penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan TMK secara meluas dalam penfifikan di sekolah.
c. meningkatakan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan TMK di sekolah.
d.merapatkan jurang digital dalam kalangan warga sekolah.
e. meningkatkan produktiviti , kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan sumber pendidikan berasaskan TMK.
MAKLUMAT PESERTA
Peserta berjumlah 66 orang terdiri daripada GPB/GIT dan GPM Sekolah Selangor.
Kaedah : Taklimat, ceramah, aktiviti berkumpulan, soal jawab & pembentangan.
Fasilitator : En Ahmad Daud bin Ab Hamid, En Abd Wahi bin Wahid, En Muhammad Ali bin Mat Sarif, En Munir bin Mat Yaub.
DAFTAR & CHECK IN
Sampai ke destinasi bengkel - 3.30 ptg. Terus check in kat bilik nombor 307.
Minum petang 4.00 - 5.00 ptg.
Makan makam 6.30 - 8.00 mlm - Nasi putih, ayam masak apa tah, sayur bayan masak air, telur asin, tembikai & air anggur.